Saturday, 28 December 2013

MINUM MINYAK ZAITUN SETIAP HARI UNTUK KESIHATAN


Minyak zaitun adalah herba yang kaya dengan monounsaturated fatty acid, sejenis lemak yang baik untuk jantung. Ia turut mengandungi kadar anti-oksidan yang tinggi yang membantu melindungi jantung dan sel darah daripada kerosakan.

Minyak zaitun adalah bahan utama dalam masakan masyarakat Mediteranian yang terkenal dengan tahap kesihatan kardiovaskular yang baik. Kajian menunjukkan bahawa masyarakat yang mengambil diet yang mengandungi minyak zaitun berisiko lebih rendah menghidapi penyakit jantung.

Memakan minyak zaitun setiap hari bukan saja baik untuk jantung, malah membantu dalam penurunan berat badan dan mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi, diabetes, dan kanser.

Hasil kajian menunjukkan orang dewasa yang meminum sekitar dua sudu makan extravirgin olive oil setiap hari selama seminggu memiliki kadar kolesterol lebih rendah dan kadar antioksida lebih tinggi dalam darah.

Sejumlah kajian lain pula menemukan bahawa minyak zaitun bukan saja menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) tetapi juga mengawal kolesterol baik (HDL) pada kadar yang sepatutnya.



Minyak zaitun akan membuat pemakannya merasa lebih kenyang dan lambat lapar. Jika digunakan sebagai mentega, kadar kalori boleh dikurangkan sebanyak 52 kalori.

Walaubagaimanapun, disebabkan ia mengandungi lemak yang tinggi (lemak baik), ia hendaklah diambil secara sederhana dan tidak berlebihan.

PENURUNAN BERAT BADAN

Diet yang kaya dengan minyak zaitun akan membantu pengurangan berat badan. Satu kajian oleh Mary M. Flynn dan Steven E. Reinert yang diterbitkan pada Jun 2010, bertajuk “Journal of Women’s Health” membuat kajian ke atas dua kumpulan wanita di dalam diet mereka.

Satu kumpulan mengambil diet rendah lemak, manakala satu lagi mengambil diet yang kaya dengan minyak zaitun. Dalam kumpulan yang mengambil minyak zaitun, 80% daripada peserta kumpulan itu mengalami penurunan berat badan sekurang-kurangnya 5%. Manakala hanya 31% dari kumpulan yang mengambil diet rendah lemak yang mengalami penurunan berat sebanyak 5%.

Penyelidik membuat kesimpulan bahawa pengambilan minyak zaitun secara kerap dan teratur lebih mudah dan berkesan mengurangkan berat badan berbanding pengambilan diet rendah lemak.

Memandangkan minyak zaitun tidak selalunya dimasukkan dalam resepi penyediaan makanan, memakan kapsul minyak zaitun sebagai makanan tambahan setiap hari adalah satu cara untuk memastikan kita mendapat khasiatnya.

Memakan sekurang-kurangnya 3 kapsul dua kali sehari adalah memadai untuk mendapatkan khasiatnya, atau 2-3 sudu makan. Kualiti minyak zaitun semakin berkurang bila terdedah lama kepada udara, di mana kadar anti-oksidanya semakin berkurangan apabila terdedah kepada udara. 

Untuk mendapat khasiat yang maksimum, dianjurkan tidak menyimpannya terlalu lama dan tidak membiarkannya terdedah kepada udara.

 Kapsul minyak zaitun 0.55ml ( 210 biji ) - RM45;
Kapsul minyak zaitun 0.55ml (120 biji ) - RM30;
Habbatus Sauda (210 biji) - RM 55
Habbatus Sauda (120 biji) - RM33
Kos Kurier 1-30 botol  = RM10


Untuk pertanyaan atau pembelian, sila hubungi kami melalui salah satu cara di bawah:
1. Call/SMS/WhatsApp : 0193189735
2. Email: tanjungkota13@gmail.com
3. PM FB Page: Facebook.com/makananislam

2 comments:

  1. Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aminn.

    Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4.Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi dan radioterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mana² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thun herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
    Hubungi utk order & pertnyaan:
    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    ReplyDelete