Sunday 29 December 2013

KHASIAT MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun, yang merupakan minyak yang penuh berkah dan seringkali disebutkan dalam Kitabullah yang agung, juga disebut di dalam hadis Nabi sallallahu'alaihi wasallam memiliki pelbagai manfaat untuk kesihatan. Di antaranya adalah:

- Sebagai antioksidan penangkal radikal bebas. Radikal bebas merupakan salah satu sebab utama penuaan awal sel-sel tubuh dan penyebab kanser.

- Menurunkan kadar lemak ‘buruk’  dan meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) dalam darah, yang menurunkan risiko penyakit jantung koroneri.


- Memiliki kandungan oleic acid dan skualen yang tinggi, yang dikaitkan dengan efek anti-kanser dan membantu meningkatkan imuniti tubuh.

- Kandungan fitosterolnya mencegah pengoksidaan ‘kolesterol jahat’ LDL dalam darah, sehingga tidak menempel pada pembuluh darah (jika menempel dapat menyebabkan pembuluh darah tersumbat).

- Melapisi luka pada perut dan mengurangkan risiko radang usus.

- Menurunkan berat badan dan mencegah obesiti jika dimakan dalam kuantiti yang tepat.

- Melembapkan dan menyegarkan kulit, dan menghalang kerosakan kulit akibat sinar ultraviolet (UV), seperti kulit kering, terbakar, kerepot, pigmentasi, bahkan penuaan awal.

- Menjaga kesihatan rambut dan kuku.

Tidak ada standard dos yang tetap untuk pemakanan minyak zaitun. Kadar yang disarankan dalam pelbagai penelitian adalah sekitar 1-3 sudu makan setiap hari.

Tiga sudu makan sehari digunakan pada penyakit yang serius, seperti penyakit jantung atau kanser, atau orang-orang yang berisiko menderita radang usus kritikal yang dikhuatirkan berlanjutan menjadi kanser usus.

Pengambilan 1-2 sudu makan sehari digunakan untuk penurunan berat badan (diminum sekitar 2 jam sebelum makan), atau merawat keremajaan kulit, dan pemeliharaan kesihatan tubuh secara umum.

Namun hendaklah dipilih minyak zaitun yang memang dihasilkan untuk dapat dimakan terus, seperti minyak zaitun ekstra virgin yang asli. Minyak hasil perahan pertama adalah yang paling baik.

Di pasaran, minyak zaitun jenis tertentu diperuntukkan untuk memasak sahaja (bukan untuk dimakan terus). Cara penyimpanan minyak zaitun juga perlu diperhatikan bagi memelihara kualiti dan khasiatnya. Hendak ia tidak terdedah pada udara dan cahaya matahari kerana akan menyebabkan kadar anti-oksidanya berkurang.


 Kapsul minyak zaitun 0.55ml ( 210 biji ) - RM45;
Kapsul minyak zaitun 0.55ml (120 biji ) - RM30;
Habbatus Sauda (210 biji) - RM 55
Habbatus Sauda (120 biji) - RM33


Untuk pertanyaan atau pembelian, sila hubungi kami melalui salah satu cara di bawah:
1. Call/SMS/WhatsApp : 0105164318
2. Email: tanjungkota13@gmail.com

No comments:

Post a Comment